Langkah Pertama – Penyediaan Air stok
Bahan-bahan untuk air stok :
Air (sukatan air : 1 cawan beras yang belum direndam = 1 ½ cawan air)
1 Labu bawang besar di potong dadu
4 ulas bawang putih diketuk
1 inci kulit kayu manis, 5 biji buah pelaga dan 5 kuntum bunga cengkih (bahan bahan ini telah tersedia dalam pakej “Rempah Nasi Arab Baladi Mandy“)
Ayam 1 ekor@ 1.5KG Kambing yang telah dibersihkan
Sedikit garam
Cara- caranya:
Rebus semua bahan sehingga ayam/kambing emput, kemudian sejatkan ayam@kambing tadi untuk di perap. Simpan air stok ini untuk kita memasak nasi
*Semasa membuat air stok ini disyorkan untuk merendam beras.
Ok kita dah siap langkah pertama kan , sekarang kita pergi pula langkah kedua
Langkah Kedua – Menanak Nasi
Bahan-bahannya:
1 Sudu minyak sapi/minyak masak untuk menumis ( untuk rasa yg menyelerakan disarankan mengunakan minyak sapi
1.5 beras Basmathi yang telah direndam 15-20 minit. (disyorkan menggunakan beras basmathi Faiza @ pulsar gold)
Satu labu bawang besar didadu
4@5 ulas bawang putih di ketuk.
Kayu manis , cengkih, pelage, daun bay dan ‘Lumi’ {limau kering} ini dikategorikan sebagai Rempah Kasah (telah tersedia didalam pakej “Rempah Nasi Arab Baladi”)
1 Sudu Rempah Nasi Arab Baladi Mandy
Safron/Pewarna kuning.
Cara-caranya:
Panaskan minyak sapi, tumis rempah kasar sehingga naik bau, masukkan bawang beasr dan bawang putih, tumis sehingga layu kekuningan.
Masukkan daun bay dan lumi, kacau
Tambah serbuk rempah mandy, goring sehingga naik bau, masukkan beras yang telah disejat, gaul sehingga rata.
Tuang air stok ayam/kambing dan tambahkan garam secukup rasa.
Apabila nasi telah kering, buatkan beberapa lubang kecil, titiskan air saffron/pewarna kuning. Biarkan 5 minit., katup balik nasi dan sedia untuk dihidangkan.
Seterusnya masa untuk membakar ayam/kambing. Proses ini boleh dibuat selepas kita menanak nasi atau sementara menunggu nasi masak sepenuhnya.
Langkah ketiga – Ayam@Kambing Bakar.
Bahan-bahan :
1 Labu bawang putih ditumbuk
2 Sudu pes tomato
1 sudu rempah baladi mandy
Garam secukup rasa
Cara-caranya:
Perap ayam/kambing dengan bahan-bahan diatas sekurang-kurangnya 15 minit
Bakar/Panggang dengan titiskan sedikit minyak, jika tidak mahu dibakar boleh juga digoreng dengan minyak sedikit.
Sementara menunggu nasi dan ayam@kambing siap dimasak, bolehlah kita membuat langkah seterusnya iaitu langkah keempat dan terakhir. Dua langkah ini kami kategorikan yang paling senang dalam menyediakan hidangan nasi arab mandy. Anak-anak boleh membuatnya :-).
Langkah keempat – Salatoh
Bahan- Bahan :
2 biji mentimun @ timun jepun
4 Biji buah tomato
Daun salad ( boleh ditambah jika suka)
Daun pudina
Perahan Lemon (secukup rasa)
Cara-caranya :
Dadukan timun dan tomato seperti gambar diatas.
Hiris daun pudina.
Campur kesemua bahan diatas.
Tambah garam secukup rasa.
Apabila Salatoh telah siap dibuat sampailah kita langkah terakhir iaitu membuat Salsa/ Sambal
Langkah Kelima – Salsa/ sambal Arab
3 biji lada besar
4 biji lada kecil
2 biji tomato
2 ulas bawang putih
Daun ketumbar
Garam, gula dan perahan lemon.
Cara-caranya :
Kisar semua bahan diatas dengan sedikit air
Campurkan dengan perahan limau
Ok, semua sudah siap sedia untuk dihidangkan bagi menikmatinya, mudah je kan nak masak nasi arab mandy..
Sumber dari : http://nasiarab.com.my
No comments:
Post a Comment