Sunday, December 23, 2018

Pusat Terapi Resdung dan Mata AINUN TAHARAH

Assalamualaikum wbt...

Dalam masyarakat kita ni, penyakit resdung memang sangat popular kan? Contohnya dalam family kita mesti ada seorang yang resdung.

Di kelantan.. khusus nya di Kota Bharu memang biasanya orang cari kedai atau pusat terapi SINAR PERMATA lah kan sebab iklan nye meluas. Dalam radio ada, dalam  tv ada, kadang2 kita boleh tengok kat banting-banting tepi jalan...

Ok untuk pengetahuan orang ramai yang tengah-tengah cari tempat buang lendir resdung, Kini Sinar Permata  dah tukar nama ke AINUN TAHARAH dan beroperasi di dalam bandar Kota Bharu. Betul-betul kat roundabout jam besar KB.

Kalo korang dari KB MALL menghala ke KOTA BHARU, korang akan lalu ambank, bazar tok guru.. depan sikit lagi, akan jumpa lah bulatan JAM BESAR KOTA BHARU. Kat bulatan tu, korang konar kiri, lepas tu parking terus. Sebab nya kami betul2 dok kat corner lot, satu bangunan ngan era nona. dan berhadapan dengan TH TRAVEL, imigresen.

Buat masa ni, signbod belum ada, so korang kena call lah kalo nak datang. Call atau wasap no ni.. 014-2111 601..

In sya allah signbod dah naik nanti kami akan update balik. Cuma buat masa sekarang, ini lah satu-satunya cawangan SINAR PERMATA atau AINUN TAHARAH yang beroperasi di KELANTAN. YE SATU2 NYE..  SO, DAPATKAN YANG ORIGINAL KAY ... ;-)

WASAP / CALL  nombor ni deh..

014-2111 601
014-2111 601
014-2111 601

Tempat praktikal untuk student.

Assalamualaikum wbt..

Hari ni lin nak bagitau semua bahawa lin nak amik student praktikal kat butik lin nie ha... Butik pengantin GLAMELIN MUSLIMAH BRIDAL. Tahun lepas kita dah amik pelajar seramai 8 orang silih berganti. Nanti bulan 2 ni sorang pulak nak masuk.

Pada adik-adik yang tengah cari tempat nak praktikal di Kota Bharu, boleh hubungi kaklin deh.. 014-2111 602. Kaklin x  kesah korang amik course apa. Tapi kaklin lebih prefer nak amik student yang amik course jahitan,  marketing dan lain2 course, boleh je.

Sebab butik pengantin ni nakkan orang yang pandai menjahit baju, jahit manik. Pastu course mekap pon boleh jugak nak apply. Course marketing boleh kaklin suh buat marketing...

Tu kursus yang ramai pompuan. tapi kalo ada yang lelaki nak praktikal kat sini pon boleh. Senang kaklin nak ajak pergi pasang pelamin.. hikhikik... ;-)

Tapi paling utama korang adik2 kena tanya lecturer korang dulu. Nanti kan lari bidang lecturer korang tak nak pulak kan...

Sekali lagi kaklin memang tak kisah korang amik kursus apa. Tapi kak lin nak bagitau awal-awal kita memang tak de apa-apa bayaran untuk student praktikal. Melainkan kalo kaklin tengok korang rajin, in sya Allah, ada rezeki lebih, kaklin bagi lah sikit2.. okey?

Tempat tinggal memang kaklin tak sediakan. Tapi, tapi... kalo korang orang jauh, macam dok Pasir Puteh ke, Kuala Krai ke.. dan korang memang nak jugak buat intern tempat kaklin, tapi tak de transport nak ulang alik dari rumah ke butik kaklin,  kaklin akan cuba cari tempat tinggal. In sya Allah.. tapi kena sewa lah kan.

Setakat ni, kaklin memang suka layan adik2 praktikal macam adik-adik sendiri. Satu family gitew. Kak lin tak suka marah2 orang, cuma bila praktikal kat mana-mana sekalipon kena ada displin. kena datang awal. walau pon praktikal. sebab kalo masa praktikal pon datang lewat, nanti kerja lagi lah kan..

Pelatih praktikal yang sebelum ni kaklin suh menjahit baju, jahit manik. Ada yang tolong buat marketing online. Tengok atas bidang lah kan. dan kaklin pernah jugak ajak pergi pasang pelamin. dan kaklin bagi elaun lah khas untuk tolong pasang pelamin.

Oh ye. satu lagi.. bridal kaklin ni sekali ngan rawatan resdung Ainun Taharah. Zaman dahulu panggil Sinar Permata. So adik-adik yang kaklin ajar buat terapi resdung biasanya akan tolong kaklin buat terapi untuk customer, dan kak lin bagi elaun jugak untuk korang.

Tapi tak de lah hari-hari menjahit. Tak de lah hari-hari buat terapi. Rasa nye pelatih dulu-dulu banyak tengok TV kat butik nie ha.. hahahahaaha!!! Tak pe je, asal korang siapkan yang kaklin suruh.. ;-)

Ok lah.. Sape-sape berminat nak buat praktikal atau intern kat tempat kaklin, di Butik GLAMELIN MUSLIMAH BRIDAL / PUSAT TERAPI RESDUNG AINUN TAHARAH boleh wasap kaklin laju2 cay..

014-2111 602
014-2111 602
014-2111 602


Nanti datang interview.. okey.. tu je lah untuk sape nak latihan industri / praktikal / intern di Kota Bharu..

Sunday, November 4, 2018

Mana suami ku...

Eh! eh! Eh! .... lin memang dah start commit utk membelog hari2 24 jam.. mana laki lin pulak ni? oh balik kampung.. tp tak bawak anak2 sekali.. adoiii... mummy dok menaip sambil layan anak2 oiiii... payah, bak hang!!!

Argh,, lupa mummy kan super women, ada 10 tangan, 10 kaki gitew haaaa...

RESIPI NASI ARAB MANDY

Image result for resepi nasi arab mandy

Langkah Pertama – Penyediaan Air stok
Bahan-bahan untuk air stok :
Air (sukatan air : 1 cawan beras yang belum direndam = 1 ½ cawan air)
1 Labu bawang besar di potong dadu
4 ulas bawang putih diketuk
1 inci kulit kayu manis, 5 biji buah pelaga dan 5 kuntum bunga cengkih (bahan bahan ini telah tersedia dalam pakej “Rempah Nasi Arab Baladi Mandy“)
Ayam 1 ekor@ 1.5KG Kambing yang telah dibersihkan
Sedikit garam

Cara- caranya:
Rebus semua bahan sehingga ayam/kambing emput, kemudian sejatkan ayam@kambing tadi untuk di perap. Simpan air stok ini untuk kita memasak nasi
*Semasa membuat air stok ini disyorkan untuk merendam beras.

Ok kita dah siap langkah pertama kan , sekarang kita pergi pula langkah kedua

Langkah Kedua – Menanak Nasi
Bahan-bahannya:
1 Sudu minyak sapi/minyak masak untuk menumis ( untuk rasa yg menyelerakan disarankan mengunakan minyak sapi
1.5 beras Basmathi yang telah direndam 15-20 minit. (disyorkan menggunakan beras basmathi Faiza @ pulsar gold)
Satu labu bawang besar didadu
4@5 ulas bawang putih di ketuk.
Kayu manis , cengkih, pelage, daun bay dan ‘Lumi’ {limau kering} ini dikategorikan sebagai Rempah Kasah (telah tersedia didalam pakej “Rempah Nasi Arab Baladi”)
1 Sudu Rempah Nasi Arab Baladi Mandy
Safron/Pewarna kuning.

Cara-caranya:
Panaskan minyak sapi, tumis rempah kasar sehingga naik bau, masukkan bawang beasr dan bawang putih, tumis sehingga layu kekuningan.
Masukkan daun bay dan lumi, kacau
Tambah serbuk rempah mandy, goring sehingga naik bau, masukkan beras yang telah disejat, gaul sehingga rata.
Tuang air stok ayam/kambing dan tambahkan garam secukup rasa.
Apabila nasi telah kering, buatkan beberapa lubang kecil, titiskan air saffron/pewarna kuning. Biarkan 5 minit., katup balik nasi dan sedia untuk dihidangkan.

Seterusnya masa untuk membakar ayam/kambing. Proses ini boleh dibuat selepas kita menanak nasi atau sementara menunggu  nasi masak sepenuhnya.

Langkah ketiga – Ayam@Kambing Bakar.
Bahan-bahan :
1 Labu bawang putih ditumbuk
2 Sudu pes tomato
1 sudu rempah baladi mandy
Garam secukup rasa

Cara-caranya:
Perap ayam/kambing dengan bahan-bahan diatas sekurang-kurangnya 15 minit
Bakar/Panggang dengan titiskan sedikit minyak, jika tidak mahu dibakar boleh juga digoreng dengan minyak sedikit.
Sementara menunggu nasi dan ayam@kambing siap dimasak, bolehlah kita  membuat langkah seterusnya  iaitu langkah keempat dan terakhir. Dua langkah ini kami kategorikan yang paling senang dalam menyediakan hidangan nasi arab mandy. Anak-anak boleh membuatnya :-).

Langkah keempat – Salatoh

Bahan- Bahan :
2 biji mentimun @ timun jepun
4 Biji buah tomato
Daun salad ( boleh ditambah jika suka)
Daun pudina
Perahan Lemon (secukup rasa)

Cara-caranya :
Dadukan timun dan tomato seperti gambar diatas.
Hiris daun pudina.
Campur kesemua bahan diatas.
Tambah garam secukup rasa.

Apabila Salatoh telah siap dibuat sampailah kita langkah terakhir iaitu membuat Salsa/ Sambal

Langkah Kelima – Salsa/ sambal Arab

3 biji lada besar
4 biji lada kecil
2 biji tomato
2 ulas bawang putih
Daun ketumbar
Garam, gula dan perahan lemon.

Cara-caranya :
Kisar semua bahan diatas dengan sedikit air
Campurkan dengan perahan limau

Ok, semua sudah siap sedia untuk dihidangkan bagi menikmatinya, mudah je kan nak masak nasi arab mandy..

Sumber dari : http://nasiarab.com.my

Saturday, November 3, 2018

NASI LEMAK

BAHAN-BAHAN NASI LEMAK :-)
4 cawan beras Basmathi (cm guna Basmathi Moghul), cuci dan rendam 30 minit
6 cawan santan
1 helai daun pandan, disimpul
1 biji bawang besar, belah 4
1 batang serai, dititik
1 inci halia, diketuk
4 ulas bawang putih, diketuk
1/2 camca teh halba
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN SAMBAL TUMIS :-)
2 genggam ikan bilis, bersihkan dan rendam
2 1/2 senduk nasi cili kisar
1 camca teh pes asam jawa
1 biji bawang besar hiris
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar*
4 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3 biji buah keras, hiris*
1 inci belacan*(*dikisar halus)

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-)
Telur rebus secukupnya, dibelah 2
Hirisan timun secukupnya
Daun selom (optinal)
Ikan goreng @ ayam goreng
Sambal tumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK NASI LEMAK :- Toskan beras Basmathi, masukkan ke dalam rice cooker, masukkan santan, daun pandan, serai, bawang besar, bawang putih, halba, halia dan garam secukup rasa. Kacau rata dan masak seperti biasa hingga nasi kering. Biar betul2 masak, kemudian gemburkan nasi guna chopstick, off kan suis rice cooker, tujuan untuk mengelakkan nasi lemak menjadi terlalu bergerak pada bahagian bawahnya. Sementara menanti nasi masak anda boleh buat sambal tumis..
  2. UNTUK SAMBAL TUMIS :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga pecah minyak, guna api sederhana dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa, kacau dan tambah ikan bilis(toskan). Gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Akhir sekali tambah hirisan bawang besar, kacau dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api...
  3. UNTUK NASI LEMAK KAMPUNG :- Ambil sehelai daun pisang, dan letak atas sehelai kertas surat khabar (yang telah dipotong kecil sikit dari saiz daun pisang). ceduk nasi lemak secukupnya atas daun pisang. Letak hirisan timun, telur rebos dan sambal tumis, kemudiam bungkus seperti dalam gambar. Boleh hidangkan dengan baki bahan2 sampingan..

NASI DAGANG

NASI DAGANG TERENGGANU...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan penuh beras wangi*
1 cawan beras pulut*(*disatukan gaul rata. cuci dan rendam semalaman atau 8 jam)
2 cawan santan segar
1/2 camca teh gula
Garam secukup rasa
1 helai daun pandan
4 biji bawang merah, hiris halus
1 inci halia, mayang halus
1 camca teh halba

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukusan. Beras wangi + beras pulut yang direndam tadi, ditoskan. Taruk dalam kukus, letakkan daun pandan dan kukus selama 25 minit. Sementara itu, masukkan garam secukup rasa dan gula ke dalam santan, kacau hingga rata. Angkat beras dari kukus dan alihkan ke dalam mangkuk besar. Tuang 1/2 bancuhan santan dan gaul rata, tambah hirisan bawang merah, halia dan halba. Gaul lagi dan biar sekejap hingga santan meresap. Masukkan kembali ke dalam kukus dan kukus 20 minit.
  2. Kemudian tuang kembali nasi ke dalam mangkuk dan curahkan baki santan tadi. Gaul rata dan biar sekejap hingga santan meresap. Kukus lagi kurang lebih 20 minit. Gemburkan nasi dan kukus sekejap lagi hingga nasi betul2 masak..Boleh matikan api dan boleh hidangkan dengan gulai ikan tongkol, acar mentah dan telur rebus..

GULAI IKAN TONGKOL...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan tongkol @ ikan aye saiz sederhana besar
3 ulas bawang putih, diketuk*
1 inci halia, hiris*
1/2 inci lengkuas, hiris*
3 keping asam gelugor*
1 camca teh garam*
1 biji bawang besar, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
1/2 camca teh halba
1/4 camca teh jintan manis
2 camca besar penuh cili kisar
1 camca besar penuh rempah masak cap rose*
1 camca besar penuh rempah gulai cap rose*(*boleh tengok di sini)
10 biji cili padi, belah 2 tapi tak putus setiap 1
1 biji bawang besar, belah 6
1 camca besar gula melaka
1 cawan pati santan
Air rebusan ikan secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 keping hirisan lengkuas
Secubit belacan (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tongkol disiang, kemudian kerat pada beberapa bahagian. Cuci bersih dan rebus dengan bahan2 bertanda (*) selama 1 jam, tambah air panas jika perlu. Kemudian matikan api. Asingkan ikan dan tapis air rebusannya. Ketepikan.
  2. Satukan rempah gulai dan rempah masak cap rose dengan bahan2 kisar halus. Gaul rata hingga menjadi pes rempah, ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang besar hiris, jintan manis dan halba hingga harum dan bawang layu. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing, Tambah pes rempah, kacau rata dan masak hingga naik minyak. Gula api kecil dan kacau sentiasa.
  3. Tuang air rebusan ikan tadi, kacau dan biarkan mendidih. Masukkan ikan tongkol rebus, tuang santan dan masukkan gula melaka. Kacau perlahan, bila menggelegak, kecilkan api dan renih hingga pekat. Tambah garam secukup rasa (rasa dulu sebab air rebusan ikan tadi dah ada garam) dan masukkan cilipadi belah. Kacau perlahan dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan dengan nasi dagang...

ACAR MENTAH...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji timun
1 batang lobak merah saiz besar
1 biji bawang besar
1 biji cili merah
6 camca besar cuka makan
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Timun dicuci bersih, kerat tiga atau empat bahagian, belah dua setiap satu dan buang empulurnya. Hiris nipis seperti anak mancis, rendam sekejap dalam air yang ditambah sedikit garam. Lobak merah juga dihiris sama macam timun dan direndam sekejap dalam air yang ditambah sedikit garam. Rendamkan selama 15 minit, kemudian toskan dan perah airnya, ketepikan.
  2. Cili merah dikerat tiga, buang bahagian tengahnya dan hiris seperti anak mancis. Bawang besar dibelah lapan dan leraikan. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk, masukkan cuka makan, garam secukup rasa (anggaran 1/3 camca teh) dan gula kurang lebih 2 camca besar penuh atau secukup rasa. Kacau hingga larut. Masukkan hirisan timun, hirisan lobak merah, bawang besar dan cili merah. Gaul rata dan biarkan 10 minit, rasa dan jika ok boleh hidangkan....Selamat mencuba!!

NASI AYAM

NASI AYAM SIMPLE DAN SEDAP



Untuk Sup/Ayam/Kuah Kicap dan Kuah Cili

Bahan-bahan
1 ekor ayam - dipotong empat 
1 sup bunjut
1 labu bawang besar - dipotong empat  
3 ulas bawang putih - di ketuk
1 inci halia - di ketuk 

Cara memasak:

1. Rebus semua bahan hingga mendidih. Keluarkan ayam dan toskan. Guna separuh air rebusan tadi untuk memasak nasi dan asingkan separuh lagi untuk dijadikan SUP dengan menambah kiub ayam serta daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan.

2. AYAM : Perapkan dengan 1 sudu besar Sos tiram, 2 sudu besar kicap cair, 2 sudu besar kicap manis dan 1 sudu besar madu. Goreng hingga keperangan dan potong ketika menghidang.

3. KUAH CILI : Kisar 5 tangkai cili merah, 1 ulas bawang putih, garam dan gula secukup rasa, 1/2 sudu teh cuka dan 2 sudu besar sos cili.

4. KUAH KICAP : Campurkan 1 cawan air rebusan ayam dengan 5 sudu besar kicap manis, 3 sudu besar kicap masin dan 1/2 sudu teh minyak bijan.

Untuk Nasi
Bahan-bahan
3 cawan beras - basuh dan toskan
4 1/2 cawan air rebusan ayam 
3 ulas bawang merah - di hiris
2 ulas bawang putih - di hiris
1 inci halia - di hiris
1 helai daun pandan - disimpul
lemak dan kulit ayam
1 sudu teh garam 

Cara memasak:

1. Panaskan minyak campur sedikit mentega didalam periuk nasi, tumis bahan-bahan yang dihiris nipis hingga wangi, masukkan lemak ayam, kacau hingga sebati dan pecah minyak.

2. Masukkan pula beras dan kacau lagi. 

3. Seterusnya masukkan air rebusan ayam, daun pandan, garam dan beberapa titis pewarna kuning(jika suka) dan masak seperti nasi biasa.

Pusat Terapi Resdung dan Mata AINUN TAHARAH

Assalamualaikum wbt... Dalam masyarakat kita ni, penyakit resdung memang sangat popular kan? Contohnya dalam family kita mesti ada seorang...